v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hubungan Republik Korea-DPRK Sekali Lagi Menghadapi Ujian

2008-11-13 18:22:10 CRI

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam mengumumkan dua langkah yang akan diambil mengenai hubungannya dengan Republik Korea. Ketua Delegasi DPRK dalam Rundingan Peringkat Jeneral DPRK-Republik Korea, Kim Yong Il memaklumi pihak tentera Republik Korea semalam bahawa DPRK akan mengambil "langkah sebenar yang penting" bermula 1 Disember nanti. Pihaknya akan memutuskan semua lalauan darat di sempadan dengan Republik Korea dan mengawal ketat perjalanan di kawasan sempadan tersebut. Pada hari yang sama, Persatuan Palang Merah DPRK juga mengumumkan akan menutup pejabat perwakilannya di Panmunjom, memanggil balik semua pegawai, dan memutuskan semua talian telefon langsung dengan Republik Korea melalui Panmunjon. DPRK mengingatkan, pihak berkuasa Republik Korea sepatutnya mereka menyedari bahawa hubungan kedua-dua negara sekarang "sedang berada pada persimpangan penting. Ia berkemungkinan terputus secara menyeluruh". Perkembangan ini menjadikan hubungan itu menghadapi ujian yang serius.

Laluan darat yang menghubungi DPRK dan Republik Korea merupakan saluran penting bagi aktiviti ekonomi dan lawatan rakyat di Semenanjung Korea. Jika ia diputuskan oleh DPRK, dua projek kerjasama antara kedua-dua negara itu, iaitu projek pelancongan Gunung Geumgang dan Kawasan Industri Kaesong serta semua projek kerjasama kemanusiaan termasuk pertemuan anggota keluarga yang terpisah akan menerima kesan. Dengan itu, segala usaha yang dibuat oleh kedua-dua negara dalam tempoh 10 tahun lalu akan menjadi sia-sia. Mengapa DPRK membuat keputusan tersebut?

Sejak mengambil alih jawatan Presiden pada Februari tahun ini, kerajaan Lee My-bak menyusun dasarnya terhadap DPRK, beliau menegaskan kerjasama ekonomi Republik Korea-DPRK patut dilaksanakan berdasarkan prinsip saling menguntungkan, dan mengaitkan kerjasama ekonomi dengan penghapusan program nuklear DPRK. Lee My-bak juga menyatakan akan menimbang semula dua dokumen yang sudah dicapai dengan DPRK. Ini mendapat reaksi keras daripada DPRK. Kedua-dua pihak menggantungkan semua dialog antara kerajaan. Pada awal bulan ini, Republik Korea buat pertama kali menyerahkan "Rang Resolusi Keadaan Hak Asasi Manusia DPRK" kepada Perhimpunan Agung PBB Ke-63, dan membatalkan kandungan tentang sokongannya terhadap kedua-dua dokumen tersebut dalam rang resolusi itu. Pihak DPRK menganggap, tindakan ini merupakan "provokasi" terhadap penghormatan dan sistem negaranya. Pakar-pakar berpendapat, tindakan yang diambil oleh DPRK kali ini bertujuan untuk menekan Republik Korea agar mengetepikan dasarnya yang keras terhadap DPRK.

Jurucakap Kementerian Penyatuan Republik Korea, Kim Ho-nyeon menyatakan rasa kecewanya dengan tindakan tersebut. Jika keputusan itu dilaksanakan, segala usaha yang dibuat oleh kedua-dua pihak sebelum ini akan menerima kesan negatif. Beliau menegaskan pendirian kerajaan Republik Korea yang menghormati semua perjanjian termasuk kedua-dua dokumen tersebut. Pihaknya bersedia mengadakan perbincangan dengan DPRK untuk menunaikan dua dokumen tersebut.

Pihak media berpendapat, dialog antara kedua-dua pihak masih ada harapan. Tentera DPRK akan "mengawal tetapi bukan melarang perjalanan". Tambahan pula, langkah itu akan "dilaksanakan bermula 1 Disember nanti, bukan dilaksanakan segera". Pertama langkah yang diumumkan semalam juga tidak melibatkan projek kerjasama yang konkrit. Langkah kedua yang diumumkan oleh Persatuan Palang Merah DPRK pula tanpa penjelasan tentang tarikh pelaksanaan. Bagaimana balasan DPRK terhadap respons Republik Korea? Sama-sama kita tunggu perkembangannya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |