v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Ubahsuai Dasar Makroekonomi Bagi Menjamin Pertumbuhan Ekonomi

2008-11-13 18:23:07 CRI

China mengubahsuaikan dasar fiskal dan dasar kewangan bagi menghadapi kemerosotan ekonomi global dan pertumbuhan ekonomi negara yang menurun, iaitu mengubah "dasar fiskal yang stabil dan dasar kewangan yang ketat" kepada "dasar fiskal yang aktif dan dasar kewangan yang longgar". Pakar-pakar menyatakan, pengubahsuaian dasar makroekonomi ini akan mengukuhkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa yang pendek, dan juga akan mendorong struktur ekonomi China beralih kepada yang mengutamakan permintaan dalam negeri.

Dasar fiskal yang aktif akan mengutamakan pelaburan kerajaan dan pengurangan cukai. Minggu lalu, kerajaan China memutuskan untuk melabur sebanyak 4000 bilion yuan RMB untuk mempercepat pelaksanaan projek-projek berkaitan dengan kehidupan rakyat, kemudahan infrastruktur, persekitaran ekologi dan pembangunan semula selepas bencana gempa bumi, serta meningkatkan taraf pendapatan penduduk bandar dan desa khususnya, mereka yang berpendapatan rendah.

Naib Pengarah Pusat Pengajian Kewangan Akademi Sains Sosial China, Wang Songqi berpendapat, pakej merangsang ekonomi yang diumumkan itu akan menggalakkan permintaan dalam negeri secara berkesan dan mengukuhkan keyakinan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi negara ini.

"Boleh dikatakan, kesan pelaburan ini amat besar. Ia akan menambah jumlah dana kredit, modal swasta dan dana kerajaan tempatan. Oleh itu, keberkesanannya akan menjadi berkali-kali ganda."

Kerajaan China meluluskan bekalan pertama pakej pelaburan ini sebanyak 500 bilion yuan RMB semalam, termasuk projek pembinaan saluran paip gas asli, dan loji kuasa nuklear, projek sumber air dan pembinaan lapangan terbang. Oleh itu, pembinaan infrastruktur akan menjadi keutamaan bagi dasar fiskal China pada masa depan.

Naib Dekan Akademi Makroekonomi, Suruhanjaya Pembangunan Perkembangan dan Pembaharuan Negara, Wang Yiming berpendapat, peningkatan pembinaan infrastruktur akan menjadi dorongan yang ketara kepada pertumbuhan ekonomi.

"Jumlah rizab bahan keluli dan simen meningkat baru-baru ini. Pembinaan infrastruktur akan menyuntik daya pengeluaran sektor-sektor yang berkenaan, dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, di samping meningkatkan pendapatan pekerja. Ini sangat penting untuk memperbaiki taraf hidup rakyat dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan."

Di samping meningkatkan pelaburan untuk pembinaan infrastruktur, China mula menggubal rancangan pengurangan cukai. Kerajaan China telah memutuskan untuk melaksanakan pembaharuan cukai nilai tambahan bagi mengurangkan beban perusahaan. Pembaharuan itu akan mengurangkan cukai sebanyak lebih 120 bilion yuan RMB.

Berbanding dengan dasar fiskal, pengubahsuaian dasar kewangan adalah lebih bermakna, kerana kali pertama China mengubahsuai dasar kewangan kepada sifat "longgar dan munasabah", untuk mencapai matlamat yang menggalakkan permintaan dalam negeri dan merangsang ekonomi.

Pakar-pakar menyatakan, kerajaan China memandang usaha menangani krisis ekonomi sebagai peluang untuk mengubahsuai struktur ekonomi negara ini dan lebih mementingkan kualiti pelaburan. Pelaburan tambahan kali ini akan digunakan untuk memperbaiki struktur perindustrian dan meningkatkan taraf pendapatan penduduk. Di samping itu, kerajaan China juga tidak menggalakkan pelaburan dalam sektor yang penggunaan sumber tenaganya dan pelepasan gas rumah hijaunya tinggi. Ini amat membantu bagi model pembangunan ekonomi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |