Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengisytiharkan penutupan cawangan Persatuan Palang Merahnya di Panmunjom dan memanggil balik semua staf, serta memutuskan perkhidmatan telefon langsung dengan Republik Korea.
Demikian kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Persatuan Palang Merah DPRK di Pyongyang semalam.
Agensi Berita Pusat DPRK memetik kenyataan itu sebagai berkata, perbuatan Republik Korea memotong butiran "menyokong dua perisytiharan yang ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara" dalam Rang Resolusi Hak Asasi Manusia DPRK yang diserahkan kepada Perhimpunan Agung PBB Ke-63 merupakan provokasi untuk memburukkan imej DPRK.
Tindakan DPRK tersebut merupakan tindakan tahap kedua selepas memutuskan laluan darat dengan Republik Korea.
|