Institusi kewangan antarabangsa dan badan kredit eksport perlu segera bertindak untuk memperkukuhkan kemampuan mereka dalam mencegah risiko dan meningkatkan kecairan pasaran perdagangan.
Demikian ditegaskan oleh Ketua Pengarah WTO, Pascal Lamy selepas menghadiri mesyuarat pakar tentang isu mengumpul dana untuk merangsang perdagangan.
Menurut beliau, disebabkan pertumbuhan ekonomi dunia sedang bergerak perlahan dan nilai perdagangan menurun dengan nyata, masalah mengumpul dana perlu segera diselesaikan bagi mencegah ekonomi global daripada bertambah buruk.
|