v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Mampu Bekalkan Lebih 95% Bahan Makanan
2008-11-13 16:13:58 CRI

China mampu membekalkan lebih 95% bahan makanan yang diperlukan dalam negara. Sehingga tahun 2020, jumlah pengeluaran bahan makanan akan mencapai 540 bilion kilogram.

Ini terkandung dalam Pelan Rancangan Jangka Panjang dan Sederhana mengenai Keselamatan Bahan Makanan Negara yang diumumkan oleh kerajaan China hari ini.

Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Zhang Xiaoqiang menyatakan, disebabkan kawasan tanah untuk bertani yang semakin kecil, sumber air yang semakin berkurangan dan perubahan iklim yang tidak menentu, China berhadapan dengan cabaran yang besar dalam menjamin bahan makanan yang mencukupi.

Untuk mewujudkan matlamat yang dikemukakan dalam pelan itu, China akan memperuntukkan sejumlah besar dana untuk memperbaiki kemudahan asas pertanian serta menjayakan projek bahan makanan dan pengairan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |