v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

WHO Seru Tingkatkan Pelaburan Bidang Kesihatan

2008-11-13 16:17:53 CRI

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan menyeru negara-negara di dunia supaya terus mengekalkan pelaburan dalam bidang kesihatan untuk mengelakkan berlakunya krisis sosial.

Dalam kenyataannya beliau menyebut, seluruh dunia sedang berdepan dengan krisis kewangan serius yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Situasi ekonomi sejagat yang rumit lagi meruncing pada masa ini memaksa negara-negara berpendapatan rendah mengurangkan perbelanjaan mereka dalam bidang kesihatan, pendidikan dan jaminan sosial. Ini akan memberi impak yang besar terhadap pelaksanaan Matlamat Pembangunan Alaf PBB.

Margaret Chan juga meluahkan harapannya agar kerajaan pelbagai negara dapat terus berusaha untuk meningkatkan kecekapan sistem kesihatan masing-masing dan menjamin kesihatan orang ramai.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |