China mengambil empat langkah untuk meningkatkan keperluan dalam negeri termasuk mengadakan beberapa projek pelaburan aset tetap, meningkatkan nisbah rebat beberapa jenis produk eksport dan mengubah suai tarif terhadap beberapa jenis barangan eksport.
Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata dalam sidang Dewan Negara semalam, kerajaan telah meluluskan projek penghantaran gas asli sesi kedua dari Zhongwei, Wilayah Autonomi Ningxia ke Guangzhou dan Hong Kong serta projek peluasan Loji Janakuasa Elektrik Nuklear Qinshan Zhejiang yang memerlukan peruntukan sejumlah 188.5 bilion yuan RMB. Kerajaan juga meluluskan peruntukan sejumlah 17.4 bilion yuan RMB untuk membina kemudahan perairan dan lapangan terbang.
Menurut keputusan sidang tersebut, kerajaan akan meningkatkan nisbah rebat terhadap sebahagian produk yang dihasilkan industri padat tenaga kerja serta produk mesin dan elektrik bermula pada 1 Disember ini.
Selain itu, kerajaan pusat menyediakan dana sejumlah 300 bilion yuan RMB bagi pembangunan semula pasca bencana gempa di kawasan yang terlibat.
|