China menyeru anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) memansuhkan perlindungan perdagangan dan mengamalkan dasar perdagangan yang lebih positif dan terbuka, meningkatkan perdagangan dan keperluan dalam negeri untuk mengatasi krisis kewangan sejagat.
Duta Besar China ke WTO, Sun Zhenyu berkata demikian dalam sidang tidak rasmi pengumpulan dana WTO yang diadakan di Geneva semalam.
Menurutnya, perdagangan sejagat telah merosot akibat krisis kewangan. Menurut jangkaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), jumlah perdagangan antarabangsa pada tahun ini dan tahun depan akan menurun kira-kira 5%. Banyak syarikat daripada anggota WTO khususnya negara membangun menghadapi pelbagai masalah seperti susah mendapat pinjaman, kos pinjaman yang meningkat dan ekport semakin merosot. Katanya, WTO perlu mengadakan penyelarasan dengan badan antarabangsa yang berkenaan untuk menyediakan pinjaman kepada anggotanya. Selain itu, anggota WTO perlu berusaha meningkatkan keperluan dalam negeri dan mengamalkan dasar perdangangan yang lebih positif agar mengurangkan pengaruh negatif daripada krisis kewangan terhadap entiti ekonomi.
Sun Zhenyu berkata, pada minggu yang lalu China telah mengemukakan 10 dasar untuk meningkatkan keperluan dalam negeri. Selain itu, China akan menambah peruntukan kira-kira 580 bilion dolar Amerika sebelum tahun 2010. Langkah-langkah tersebut amat penting bagi China untuk mengatasi krisis kewangan sejagat.
|