A.S. mengubah penggunaan dana bantuan sejumlah 700 bilion dolar Amerika untuk mengatasi krisis kewangan yang dikemukakan pada bulan lalu. Bagaimanapun wang tersebut tidak akan disediakan kepada badan-badan bukan kewangan termasuk syarikat membuat kenderaan.
Setiausaha Kewangan, Henry Paulson menyatakan semalam bahawa pelupusan aset lapuk daripada sektor perbankan tidak dilihat sebagai kaedah yang paling berkesan untuk menstabilkan pasaran kewangan. Dana bantuan tersebut akan digunakan bidang-bidang yang lain.
3 buah syarikat pengeluar kenderaan yang terbesar di A.S., GE, Chrysler dan Ford menghadapi krisis muflis pada masa sekarang. Henry Paulson menyatakan bahawa dana bantuan tersebut tidak akan digunakan untuk syarikat-syarikat tersebut jikalau tidak mendapat persetujuan kongres.
|