Kementerian Tanah dan Sumber China akan menjamin tanah yang mencukupi bagi langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan keperluan dalam negeri. Serentak itu, kementerian itu akan mengekalkan dasar untuk melindungi tanah pertanian daripada digunakan sembarangan.
Naib Menteri Tanah dan Sumber, Lu Xinshe menyatakan hari ini bahawa pihaknya akan mengadakan penyusunan semula terhadap rancangan penggunaan tanah untuk mencapai matlamat merangsang ekonomi demostik.
|