China mahukan pelbagai pihak yang berkaitan berusaha bersama-sama untuk menjayakan rundingan enam pihak masalah nuklear Semenanjung Korea.
Demikian gesaan Naib Menteri Luar China, Wu Dawei selepas ditemui Ketua Pengarah Bahagian Amerika Kementerian Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Li Gun di Beijing semalam. Kedua-duanya bertukar-tukar pendapat tentang situasi rundingan tersebut pada masa sekarang dan usaha selanjutnya.
Jurucakap Kementerian Luar, Qin Gang menyatakan rundingan enam pihak sedang berada pada tahap pelaksanaan perjanjian yang dicapai dalam fasa kedua. China bersedia terus memainkan peranan bersifat membina untuk menjayakan rundingan tersebut.
|