China dan negara anggota ASEAN sepakat bersetuju menubuhkan mekanisme saling membantu undang-undang jenayah yang menyeluruh demi meningkatkan kerjasama langsung untuk membanteras kegiatan jenayah transnasional rantau ini.
Demikian kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Sidang Ketua Pendakwa Raya China-ASEAN Ke-5 berakhir di Manila, Filipina semalam.
China dan negara-negara anggota ASEAN juga akan mengubahsuai rangka undang-undang masing-masing supaya selaras dengan piawaian antarabangsa, meningkatkan kerjasama langsung antara agensi pendakwaan dan penguatkuasaan, saling menghantar pegawai pendakwa dan memberi sokongan teknikal supaya meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan. Di samping itu, perjanjian undang-undang dua atau pelbagai pihak akan ditandatangani untuk meringkaskan proses penyiasatan, penahanan, pendakwaan dan ekstradisi.
|