v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao Mulakan Lawatan ke A.S. dan Eropah

2008-11-14 16:42:34 CRI

Presiden China, Hu Jintao bertolak dari Beijing hari ini untuk memulakan lawatannya ke A.S. dan Eropah selama dua minggu. Dalam tempoh itu, beliau akan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20), Sidang Kemuncak APEC, dan juga akan melawat Costa Rica, Cuba, Peru, dan Greece. Lawatan Hu Jintao kali ini bukan sahaja bertujuan menerangkan pendirian dan pandangan China tentang krisis kewangan, tetapi juga menunjukkan hala tuju perkembangan kerjasama dua hala antara China dengan negara-negara yang berkenaan pada masa depan.

Washington merupakan destinasi pertama lawatan Hu Jintao kali ini. Sidang Kemuncak Pasaran Kewangan dan Ekonomi Dunia G20 akan diadakan di bandar itu pada pagi 15 November, waktu tempatan. Masyarakat antarabangsa bukan sahaja berharap negara-negara maju utama dan negara-negara membangun yang menghadiri sidang kemuncak tersebut akan bersama-sama melaksanakan tindakan "menyelamatkan pasaran", malah juga akan memberikan perhatian yang besar kepada agenda pembaharuan sistem kewangan antarabangsa yang akan dibincangkan dalam sidang kemuncak itu.

Baru-baru ini Naib Menteri Luar China, He Yafei telah menjelaskan pendirian asas China dalam sidang kemuncak itu.

"Kita patut mengutamakan negara-negara membangun, khususnya negara-negara yang paling mundur. Kita juga menegaskan bahawa semua pihak perlu mengambil tanggungjawab, contohnya negara-negara maju perlu menimbang kesan pelaksanaan dasar makroekonomi masing-masing terhadap ekonomi dunia khususnya terhadap negara-negara membangun."

Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC Ke-16akan diadakan di Peru pada 22 hingga 23 November ini. APEC pula memainkan peranan yang tidak boleh ditukar ganti untuk mendorong kebebasan pelaburan dan perdagangan serantau serta kerjasama dalam bidang teknologi dan ekonomi antara negara-negara anggota. Maka, tindakan forum ekonomi yang penting untuk menangani krisis kewangan global, masalah kekurangan bahan makanan dan sumber tenaga itu juga sangat-sangat diberikan perhatian oleh masyarakat antarabangsa. Sebagai salah sebuah negara anggota yang penting, China juga mendapat perhatian besar. He Yafei menyatakan:

"Dalam sidang tidak rasmi ini, Presiden Hu akan menerangkan pandangan China tentang beberapa isu utama, termasuk situasi kewangan antarabangsa kini, kekurangan bahan makanan dan sumber tenaga. Beliau juga akan mengemukakan cadangan yang konkrit tentang usaha untuk terus mendorong kerjasama APEC dalam pelbagai bidang. Dalam Dialog Pemimpin dengan para wakil Majlis Penasihat Perniagaan dan Industri APEC, Presiden Hu akan bertukar-tukar pandangan dengan tokoh-tokoh perniagaan dan industri tentang isu ekonomi dan kewangan."

Seperti dalam kedua-dua sidang kemuncak tersebut, lawatan Hu Jintao ke Costa Rica, Cuba, Peru di Amerika Latin, dan Greece juga mendapat perhatian besar. Pakar Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China, Wu Hongying menyatakan bahawa lawatan Hu Jintao ke ketiga-tiga buah negara di Amerika Latin tersebut akan meningkatkan hubungan China dengan rantau tersebut.

Greece merupakan destinasi terakhir bagi lawatan Hu Jintao. Ini akan menjadi lawatan kali kedua Presiden China ke Greece, dan merupakan lawatan pertama Hu Jintao sebagai Presiden China ke sana. Lawatan kali ini dipercayai akan mendorong perkembangan hubungan rakan strategik kedua-dua negara secara menyeluruh.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |