Sebanyak 1/3 daripada 100 bilion yuan peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan pusat pada 3 bulan terakhir tahun ini, iaitu sebanyak 34 bilion yuan akan digunakan untuk menjayakan projek berhubung masalah hidup rakyat di desa dan memperbaiki kemudahan asas di kawasan tersebut.
Demikian diumumkan oleh Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Encik Mu Hong di Beijing hari ini.
Menurut beliau, 100 bilion yuan peruntukan tersebut merupakan sebahagian daripada rancangan China untuk merangsang ekonomi dan menggalakkan permintaan dalam negeri.
|