v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

A.S. Mahu Bekerjasama dengan Rusia Mengenai Sistem Pertahanan Peluru Berpandu di Eropah Timur

2008-11-14 16:16:04 Agensi Berita Xinhua China

A.S. ingin bekerjasama dengan Rusia untuk mengurangkan jurang perselisihan pendapat tentang masalah menempatkan sistem pertahanan peluru berpandu di kawasan Eropah Timur.

Demikian dinyatakan oleh naib jurucakap Jabatan Negara A.S., Robert Wood semalam.

Menurutnya, Naib Setiausaha Negara A.S. yang bertanggungjawab terhadap urusan kawalan senjata dan keselamatan antarabangsa, John C. Rood akan ke Moscow untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Rusia mengenai isu pengurangan senjata nuklear strategik dan penempatan sistem pertahanan peluru berpandu di Eropah Timur.

Pegawai dari pejabat Presiden Rusia menyatakan, pihaknya akan membicarakan isu pangkalan antipeluru berpandu dengan Barack Obama setelah beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden pada 20 Januari nanti. Namun, Rusia enggan bekerjasama dengan A.S. dalam isu antipeluru berpandu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |