v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Malaysia Harap Vietnam Dapat Bekalkan Pekerja Mahir Khusus
2008-11-14 12:38:08 CRI

Menurut Berita Bernama, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Rais Yatim semalam menyatakan bahawa Malaysia berharap Vietnam dapat membekalkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan bidang-bidang khusus dalam sektor perindustrian di Malaysia pada masa akan datang.

Dalam satu kenyataan, Rais Yatim berkata bahawa Vietnam telah menyampaikan penghargaan agar Malaysia boleh menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada kira-kira 103,338 pekerja Vietnam dan Malaysia berhadap pekerja-pekerja Vietnam boleh menyesuaikan diri dengan budaya tempatan dan persekitaran kerja di Malaysia.

Rais Yatim telah membuat lawatan pengenalan ke Vietnam pada 12 dan 13 November lalu. Dalam lawatan itu, beliau telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin Vietnam termasuk Presiden Nguyen Minh Triet mengenai isu-isu serantau dan dua hala yang membabitkan kepentingan kedua-dua negara.

Rais Yatim berkata bahawa kedua-dua pihak bersetuju agar ASEAN memastikan nilai-nilai ketimuran disisipkan dalam Piagam Hak Asasi ASEAN, dan Piagam itu perlu selaras dengan Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |