v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Menghormati Semua Agama dan Tamadun di Dunia
2008-11-14 14:42:47 CRI

China menyeru masyarakat antarabangsa menghormati semua agama dan kebudayaan serta menyelesaikan konflik secara damai.

Duta Besar China ke PBB, Zhang Yesui berkata pada Perhimpunan Kedamaian dan Kebudayaan PBB semalam bahawa semua agama dan tamadun di dunia perlu dihormati. Katanya, pelbagai agama dan tamadun perlu lebih terbuka, ikhlas, saling mempelajari dan melengkapi serta hidup bersama secara aman.

Zhang Yesui menerangkan dasar China mengenai agama dan budaya. Menurutnya, China sentiasa menentang kegiatan puak pelampau dan diskriminasi terhadap sesuatu agama dan kaum. Selain itu, China menentang tindakan mengaitkan keganasan dengan sesebuah negara, kaum dan agama. China memberikan perhatian yang lebih terhadap keadaan kebangkitan semula fahaman Fasisme baru dan keadaan anti Islam. China secara aktif menyertai dan menyokong usaha masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan dialog dan kerjasama antara pelbagai agama dan budaya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |