China menyeru masyarakat antarabangsa melaksanakan janji untuk membantu Iraq memulihkan projek pembinaan semula dan pembangunan secepat mungkin.
Demikian dinyatakan oleh Konselor Menteri delegasi tetap China di PBB, La Yifan ketika menyampaikan ucapan dalam sidang perdebatan isu Iraq Majlis Keselamatan PBB semalam.
Menurut beliau, keadaan keselamatan dan perkembangan sektor politik dapat dikukuhkan sekiranya pembangunan ekonomi dan pembinaan semula sosial ditingkatkan. Katanya, China menyokong mekanisme seperti persidangan menteri luar negara-negara sekeliling Iraq terus memainkan peranan sewajarnya.
La Yifang menyatakan China berharap kerajaan Iraq bersatu-padu dengan pelbagai puak terus meningkatkan dialog dan menggembleng tenaga sehingga mencapai kata sepakat tentang beberapa isu penting yang berkait rapat dengan masa depan negara itu.
|