Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo berjaya mengakhiri lawatan persahabatan ke lima buah negara Afrika dan pulang ke Beijing pagi tadi.
Wu Bangguo telah mengadakan lawatan persahabatan rasmi ke Algeria, Gabon, Ethiopia, Madagascar dan Seychelles bermula pada 3 November lalu. Beliau juga melawat Ibu Pejabat Liga Afrika di Addis Ababa, ibu negara Ethiopia.
Dalam tempoh lawatannya, beliau telah mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan beberapa pemimpin kerajaan dan parlimen. Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai peningkatan hubungan dua hala dan interaksi serta kerjasama antara badan-badan perundangan.
|