Sidang Meja Bulat CEO Syarikat Transnasional China dan Negara Asing Ke-2 telah dirasmikan di Beijing hari ini. Hampir seribu orang CEO (Pegawai Eksekutif Tertinggi) daripada 500 syarikat terbesar dunia, ketua persatuan peniaga asing di China, pengerusi bursa, CEO syarikat tabung dan beberapa orang utusan asing di China telah menghadiri sidang tersebut.
Sidang tersebut dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Pengkajian Syarikat Transnasional Antarabangsa China dan Majlis Perdagangan dan Pembangunan PBB. Memandangkan situasi yang krisis kewangan antarabangsa semakin teruk dan pertumbuhan ekonomi mulai mengalami kemerosotan di China, beberapa isu hangat termasuk China meluaskan pelaburan, mengekalkan permintaan daripada luar negara, mencegah risiko ekoran krisis kewangan dan mengekalkan pasaran modal akan dibincangkan dalam sidang tersebut.
|