Tindakan A.S. yang menubuhkan sistem anti peluru berpandu di Eropah dan Rusia meletakkan peluru berpandu di Kaliningrad tidak bermanfaat bagi keselamatan Eropah, sebaliknya akan merumitkan perkara itu.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Perancis, negara pengerusi bergilir Kesatuan Eropah, Nicolas Sarkozy selepas menghadiri Sidang Kemuncak EU-Rusia di Nice, Perancis semalam. Beliau bersetuju dengan cadangan mengadakan "Sidang Kemuncak Keselamatan Pan-Eropah" yang disertai EU, Rusia dan A.S. pada tahun 2009. Beliau turut menyeru pelbagai pihak sebaiknya jangan membincangkan isu peluru berpandu dan sistem anti peluru berpandu sebelum perasmian sidang itu kerana ia tidak bermanfaat bagi menjamin keselamatan Eropah, sebaliknya akan merumitkan perkara itu.
|