Kerajaan pelbagai peringkat perlu berusaha menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao semasa menjalankan tinjauan di provinsi Guangdong baru-baru ini. Tinjauan tersebut meliputi bandar Guangzhou, Shenzhen, Dongguan dan Foshan. Selain itu, beliau merasmikan taklimat dengan ketua perusahaan di kawasan delta Sungai Mutiara di Dongguan.
Katanya, situasi ekonomi antarabangsa semakin serius dan ekonomi dunia mengalami kemerosotan sejak bulan Jun tahun ini. Kesemua ini telah memberi kesan negatif terhadap ekonomi China. Perusahaan khusus perusahaan kecil dan sederhana dilanda impak akibat krisis kewangan ini. Dengan itu, kerajaan pelbagai peringkat patut terus mengambil langkah untuk membantu mereka mengatasi kesusahan ini.
Beliau juga berharap perusahaan kecil dan sederhana bukan sahaja perlu menyelesaikan kesusahan sekarang, malah juga dengan sedaya upaya mencapai kemajuan baru.
|