v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Masyarakat Antarabangsa Harap Sidang Kemuncak Kewangan Capai Hasil

2008-11-15 15:16:22 Agensi Berita Xinhua China

Sesetengah ketua negara dan pemimpin pertubuhan antarabangsa berharap agar Sidang Kemuncak Pasaran Kewangan dan Ekonomi Dunia G-20 dapat mencapai hasil bagi mengurangkan kesan krisis kewangan dan membentuk sistem kewangan antarabangsa yang adil dan rasional.

Presiden India, Manmohan Singh menyatakan perlunya bagi memperkecilkan impak pada perkembangan negara-negara membangun ekoran krisis kewangan dan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Alaf PBB.

Presiden Rusia, Dmitry Medvedev berkata, pembaharuan harus disasarkan kepada sistem kewangan dan badan kewangan utama antarabangsa.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menegaskan, pihak-pihak berkenaan perlu mencegah krisis kewangan sekarang daripada berubah menjadi krisis kemanusiaan dan mengakibatkan masalah politik dan keselamatan yang serius.

Kesatuan Eropah (EU) telah mengemukakan 5 matlamat yang terperinci, iaitu menyempurnakan mekanisme penyeliaan, membuat pembaharuan terhadap badan kewangan antarabangsa, mengurangkan risiko sektor kewangan, meningkatkan kawalan terhadap badan penilai kredit dan menyelaraskan piawaian perakaunan.

Presiden A.S, George W. Bush menyatakan, sidang kemuncak kali ini bertujuan untuk menyelesaikan krisis sekarang dan meletakkan asas bagi pembaharuan sistem kewangan pada masa depan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |