Presiden Israel, Ehud Olmert mendakwa, serangan peluru roket yang dilancarkan oleh kumpulan bersenjata Palestin terhadap Israel di Genting Gaza baru-baru ini tidak boleh ditoleransi.
Beliau dalam mesyuarat tergempar menyatakan, operasi itu telah menjejaskan persepakatan kedua-dua pihak tentang gencatan senjata. Oleh itu, Israel akan meningkatkan lagi kegiatan ketenteraan di kawasan berhampiran Genting Gaza, di samping terus memberi tekanan kepada Hamas dengan menggunakan masalah pembukaan laluan sempadan ke kawasan yang sensitif tersebut.
Seorang pegawai Israel mendedahkan, sekiranya Hamas menghentikan serangan peluru roket terhadap Israel, gencatan senjata kedua-dua negara mungkin wujud.
Namun, Hamas mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan mencapai persepakatan baru dengan Israel mengenai masalah itu.
|