Dialog antara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dengan Republik Korea perlu disambung semula dalam suasana yang mesra. Pihak berkuasa Republik Korea mesti segera memberhentikan latihan tenteranya yang bersifat provokasi.
Gesaan ini terkandung dalam ulasan yang diterbitkan oleh akhbar Rodong Sinmun DPRK hari ini.
Rencana itu berbunyi, latihan tentera bersama yang diadakan oleh Republik Korea dan A.S. tahun-tahun kebelakangan ini bukan sahaja ancaman yang serius bagi DPRK, bahkan juga aktiviti jenayah yang berniat untuk menjejaskan keamanan Semenanjung Korea. Latihan tersebut pasti akan merosotkan hubungan kedua-dua negara dan menjejaskan suasana dialog yang mesra.
|