Kementerian Luar China akan berusaha bersama-sama dengan badan-badan yang berkenaan untuk menyelamat kapal nelayan yang diculik di Somali pada malam 13 November lalu.
Kapal nelayan "Tianyu-8" milik Syarikat Perikanan Laut Tianjin telah diculik oleh lanun Somali. Seramai 16 orang anak kapal warga China dan beberapa orang anak kapal warga asing yang bekerja di kapal tersebut.
Memandangkan kes lanun menculik dan menyerang kapal negara-negara asing sering berlaku di Somali, Kementerian Luar China memberi amaran kepada pemilik kapal negara ini jangan berlayar mendekati perairan tersebut.
|