Kerajaan kaunti Wenchuan yang terletak di pusat gempa bumi pada 12 Mei lalu berusaha mengambil pelbagai langkah untuk menjamin kehidupan mangsa ketika musim sejuk ini.
Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Awam Wenchuan, Zhang Yi menyatakan bahawa semua mangsa telah berpindah ke rumah kayu. Selain itu, kerajaan berusaha menyediakan peralatan pemanas dan memberikan bahan makanan kepada mereka.
Menurutnya, kerajaan akan menyediakan subsidi dan pinjaman mudah kepada mangsa di desa untuk membina semula rumah.
|