v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao Merayu Supaya Masyarakat Antarabangsa Tingkatkan Kerjasama untuk Menangani Krisis Kewangan

2008-11-16 13:38:23 CRI

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) mengenai pasaran kewangan dan ekonomi dunia telah diadakan di Washington semalam. Presiden China, Hu Jintao menghadiri sidang kemuncak tersebut dan menyampaikan ucapan yang berjodol "mewujudkan kerjasana jitu, bersama-sama menempuhi kesukaran semasa". Dalam ucapannya, beliau telah menganalisis punca krisis kewangan dan menerangkan pendirian China tentang isu-isu hangat yang menarik perhatian masyarakat antarabangas seperti kaedah menangani krisis kewangan dan pembaharuan terhadap sistem kewangan antarabangsa.

Krisis kewangan yang berpunca daripada krisis gadai janji subprima A.S. sedang melanda seluruh dunia. Hu Jintao menyatakan, antara punca yang mengakibatkan krisis kewangan tersebut termsuk dasar makroekonomi yang tidak sesuai, dan ketiadaan atau kelemahan langkah kawal selia dalam sektor kewangan. Tugas utama bagi masyarakat antarabangsa pada masa ini ialah terus mengambil segala tindakan yang diperlukan, dengan cepat memulihkan keyakinan di pasaran, dan mencegah penularan krisis itu. Negara-negara maju utama perlu memikul tanggungjawab dan kewajipan mereka, melaksanakan dasar makroekonomi yang bermanfaat bagi kestabilan dan perkembangan ekonomi dan kewangan, aktif memantapkan pasaran kewangan sendiri dan antarabangsa serta melindungi kepentingan pelabur. 

Di samping itu, negara-negara di dunia juga perlu meningkatkan penyelarasan dasar makroekonomi, perkongsian maklumat ekonomi dan kewangan, dan kerjasama kawal selia dalam sektor kewangan antarabangsa untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi memantapkan pasaran kewangan pelbagai negara dan antarabangsa.

Hu Jintao menekankan, mengekalkan pertumbuhan ekonomi merupakan asas penting untuk menangani krisis tersebut. Pelbagai negara perlu mengambil tindakan bersama untuk memantapkan pasaran tenaga dan makanan antarabangsa serta mencegah kegiatan spekulasi.

Menyentuh pembaharuan sistem kewangan antarabangsa yang menjadi perhatian pelbagai pihak, Hu Jintao menyatakan, satu sistem kewangan yang adil, saksama, bertoleransi dan teratur patutlah diwujudkan. Pembaharuan sistem itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh, seimbang, berperingkat dan berkesan. Sebuhungan itu, Hu Jintao menanjurkan empat cadangan yang patut diberi keutamaan dalam pembaharuan sistem kewangan antarabangsa.

Pertama, meningkatkan kerjasama dan menyempurnakan peraturan kawal selia kewangan antarabangsa, meningkatkan pemantauan peraliran modal global serta pengawalan terhadap institusi kewangan dan agensi perantara serta meningkatkan ketelusan pasaran kewangan dan produknya. Kedua, mendorong pembaharuan institusi kewangan antarabangsa, berusaha supaya suara negara-negara membangun dalam pertubuhan kewangan antarabangsa lebih lantang, menubuhkan sistem ramalan awal yang meliputi seluruh dunia terutamanya di pusat kewangan antarabangsa utama dan mekanisme bantuan yang berkesan untuk menangani krisis. Ketiga, menggalakkan kerjasama kewangan serantau, dan meningkatkan peranan mekanisme bantuan modal serantau. Keempat, mendorong kepalbagaian sistem mata wang antarabangsa dengan berperingkat-peringkat.

Hu Jintao juga menyeru masyarakat antarabangsa terutamanya negara-negara maju agar membantu negara-negara membangun terutamanya negara-negara di Afrika untuk mengatasi kesukaran. Institusi-institusi kewangan antarabangsa patut melonggarkan syarat pinjaman dan menyediakan bantuan kepada negara-negara membangun yang teruk dilanda krisis kewangan ini. Selain itu, negara-negara maju juga digesa terus menunaikan janjinya untuk membantu negara-negara membangun, melupuskan hutang negara-negara yang paling mundur dan membantu mereka meningkatkan keupayaan pembangunan sendiri melalui langkah mengurangkan tarif ke atas produk eksportnya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |