China akan membina 10 buah lagi unit generator tenaga nuklear yang menjana kuasa mampu setiapnya sejuta kilowatt di Fuqing Fujian, Fangjiashan Zhejiang dan Yangjiang Guangdong pada penghujung tahun ini bagi menghadapi krisis kewangan dan menggalakkan permintaan dalam negeri.
Perbadanan Nuklear Kebangsaan China baru-baru ini memperkenakan langkah mempercepat pembinaan loji kuasa nuklear bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Dalam tempoh bulan Januari hingga Oktober lalu, unit generator tenaga nuklear yang dimilik perbadanan tersebut beroperasi stabil dan menjana kuasa elektrik sebanyak lebih 31 bilion kilowatt jam. Semua projek pembinaan loji nuklear sedang berjalan lancar.
|