Hak perwakilan dan hak bersuara negara-negara membangun termasuk China di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) patut ditingkatkan di samping mewujudkan sistem ramalan awal untuk menangani krisis kewangan antarabangsa.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Wakil IMF di China, Vivek Arora di Beijing semalam.
Beliau dalam "Forum Peringkat Tinggi Kewangan dan Ekonomi Global Tsinghua" yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Hubungan China-A.S. Universiti Tsinghua Beijing memaklumkan bahawa IMF sedang merancang untuk mengubahsuai cara pengiraan hak pengundian negara anggotanya. Menurut beliau, empat petunjuk termasuk KDNK, rizab tukaran asing, bilangan perdagangan antarabangsa dan tahap dinamik ekonomi nasional negara-negara anggotanya akan ditimbangkan secara menyeluruh ketika mengira semula hak pengundian mereka.
|