A.S. berharap Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-16 yang akan diadakan dapat meningkatkan perdagangan bebas dan pelaburan serta mempercepat proses integrasi ekonomi serantau melalui interaksi antara satu sama lain.
Demikian dinyatakan oleh pegawai tinggi yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal APEC Jabatan Negara A.S., Puan Patricia Haslach di Washington baru-baru ini.
Menurut beliau, APEC telah memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang seperti memperbaiki persekitaran ekonomi serantau, mewujudkan perkembangan berterusan dan mendorong rundingan Doha Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kea rah mencapai kejayaan. Katanya, memandangan situasi krisis kewangan sekarang ini, A.S. berharap penyelarasan dan kerjasama dapat ditingkatkan melalui sidang kali ini. Di samping itu, pengawalan dan pengawasan kewangan dapat diperkukuh dan menghasilkan sebuah pelan tindakan yang bermanfaat bagi pelaburan.
|