v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Peserta Sidang Kemuncak G-20 Bersedia Tingkatkan Kerjasama untuk Pulihkan Pertumbuhan Ekonomi Global

2008-11-16 16:25:12 CRI

Para pemimpin yang menghadiri Sidang Kemuncak G-20 mengenai Pasaran Kewangan dan Ekonomi Dunia telah menyatakan kesediaan mereka untuk meningkatkan kerjasama bagi memulihkan pertumbuhan ekonomi global dan mendorong pembaharuan terhadap sistem kewangan antarabangsa.

Presiden China, Hu Jintao dalam ucapanya berkata, pembaharuan terhadap sistem kewangan antarabangsa sepatutnya fokus kepada empat aspek, iaitu meningkatkan kerjasama dalam kawal selia kewangan antarabangsa, mendorong pembaharuan terhadap institusi kewangan antarabangsa, mempererat kerjasama kewangan serantau dan menyempurnakan sistem mata wang antarabangsa.

Hu berjanji, China akan terus menyertai kerjasama antarabangsa dalam memelihara kestabilan kewangan dan pertumbuhan ekonomi dunia, di samping memberi sokongan kepada negara-negara membangunan yang mengalami kesan krisis kewangan.

Presiden A.S., George W. Bush, sebagai tuan rumah sidang kemuncak ini, menyatakan, pembaharuan terhadap Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia perlu dipergiatkan, dan hak mengundi dan hak bersuara negara-negara membangun dalam kedua-dua institusi tersebut perlu diberi perhatian. Beliau menegaskan, sidang kemuncak ini hanyalah satu titik permulaan bagi siri mesyuarat dan banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk menghadapi krisis kewangan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |