v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Kemuncak G-20 Hasilkan Pelan Tindakan mengenai Pembaharuan Kewangan dan Ekonomi

2008-11-16 17:23:54 CRI

Para pemimpin yang menghadiri Sidang Kemuncak G-20 mencapai persepakatan tentang langkah-langkah untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa, bersama menangani krisis kewangan dan memastikan pertumbuhan ekonomi, sementera menyeru pembaharuan terhadap sistem kewangan dunia dapat dipergiatkan bagi mengelakkan daripada krisis seumpama ini berulang lagi.

Presiden A.S., George W. Bush menyatakan, sidang kemuncak ini amat berhasil kerana pelan tindakan yang berkesan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi telah digubal, antaranya termasuk meningkatkan ketelusan pasaran kewangan, menyempurnakan sistem kebertanggungjawapan, meningkatkan kawal selia, mendorong integriti pasaran kewangan, mengintensifkan kerjasama antarabangsa dan membuat pembaharuan terhadap institusi kewangan antarabangsa.

Pengerusi Kesatuan Eropah (EU), Jose Manuel Barroso berpendapat, semua persepakatan yang dicapai dalam sidang ini perlu segera dilaksanakan.

Presiden Brazil, negara pengerusi bergilir G-20, Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan, cara yang paling berkesan untuk mencegah krisis kewangan daripada bertambah buruk ialah negara Barat fokus kepada penyelesaian masalah sendiri.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss Kahn dan Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick menyambut baik hasil yang dicapai dalam sidang tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |