Syarikat pembuat kereta China, Chery Automobil telah menandatangani kontrak dengan Kumpulan Chia Tai Thailand mengenai penjualan kereta dalam bentuk separuh pasang siap di Thailand dan pasaran Asia Tenggara.
Kumpulan Chia Tai, sebagai ejen eksklusif Chery di Thailand, kapasiti pengeluarannya pada peringkat awal dijangka mencatat 5,000 buah kereta setahun dengan model Chery QQ dan Chery TIGGO.
|