v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerjasama antara China, Jepun dan Republik Korea amat Penting untuk Mengatasi Krisis Kewangan

2008-11-16 15:55:19 CRI

Menteri Kewangan China, Jepun dan Republik Korea mengadakan sidang tidak rasmi di Washington pada malam 14 November lalu. Ketiga-tiga Menteri Kewangan tersebut mengadakan perbincangan tentang situasi kewangan terkini, punca dan perkembangan krisis kewangan serta kesannya terhadap ekonomi.

Sidang tersebut telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang menegaskan bahawa China, Jepun dan Republik Korea meningkatkan kerjasama amat penting untuk mengatasi krisis kewangan. Faktor-faktor yang positif tetap wujud dalam pasaran kewangan di rantau Asia dan sistem kewangannya amat stabil. Namun Asia juga menghadapi pelbagai cabaran seperti kemerosotan ekonomi dan pergolakan pasaran kewangan. Oleh sebab itu, Asia perlu mengadakan persiapan untuk menangani kesan negatif akibat cabaran-cabaran tersebut.

China, Jepun dan Republik Kora perlu memainkan peranan utama untuk memelihara kestabilan ekonomi dan kewangan serantau. Kerjasama yang lebih erat antara ketiga-tiga negara tersebut amat penting bagi ekonomi dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |