Pada tahun 1950-an dan 1960-an, terdapat lebih 7 000 orang pegawai dari Vietnam melanjutkan pelajaran mereka di Guilin dan Nanning di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. Kini, masih ada beribu-ribu pemuda dari negara-negara ASEAN membuat pengajian di Guangxi.
Selain itu, jumlah tenaga profesional dari Guangxi yang melanjutkan pelajaran dan mengadakan lawatan ke negara-negara ASEAN kian meningkat.
Pemimpin kerajaan Guangxi, Quan Guishou berpendapat bahawa hubungan jiran bersahabat antara China dengan ASEAN kian kukuh, kedua-dua pihak berusaha meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan. Guangxi sedang menjadi pusat pendidikan tenaga profesional China-ASEAN.
Ekspo China-ASEAN yang diadakan setahun sekali telah diadakan di Nanning, Guangxi selama 5 tahun secara berturut-turut. Guangxi amat memerlukan tenaga profesional dalam bidang pameran, persidangan, perancangan, pentadibiran dan logistik. Pusat pendidikan tenaga profesional yang mahir dalam bidang bahasa-bahasa yang bukan bahasa rasmi di PBB yang diperlukan untuk Ekspo China-ASEAN telah dirasmikan di Guangxi pada tahun yang lalu. Dengan itu, Guangxi turut menjadi salah satu dairpada 4 pangkalan pendidikan yang terbesar di China dalam bidang tersebut.
Kolej Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Universiti Etnik-Etnik Guangxi telah menubuhkan jurusan bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Perancis, Vietnam, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos.
|