Jumlah perdagangan antara Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China dengan ASEAN mencatat 3.42 bilion dolar Amerika pada 10 bulan pertama tahun ini dan lebih tinggi berbanding dengan sepanjang tahun tahun 2007, iaitu 2.91 bilion dolar Amerika. ASEAN kekal sebagai rakan perdagangan yang terbesar bagi wilayah tersebut.
Menurut statistik daripada Jabatan Kastam Guangxi, jumlah eksport wilayah itu ke ASEAN pada 10 bulan pertama tahun ini mencatat 2.3 bilion dolar Amerika dan meningkat 82.9% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Menakala, jumlah import Guangxi dari ASEAN mencatat 1.12 bilion dolar Amerika, meningkat 20.6% berbanding tempoh yang sama tahun 2007. Kini, ASEAN kekall sebagai rakan dagangan yang terbesar bagi Guangxi selama 8 tahun berturut-turut.
|