Sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China telah memberikan pengaruh dan sumbangan ke arah kedamaian dan kestabilan dunia.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Misi PBB di Kosovo, Iver Frigaard berkata, sejak tahun 2004, China menghantar beberapa kontinjen polis pengaman ke Kosovo secara berganti-ganti. Mereka bededikasi, berdisiplin dan sangat cekap dalam manjalankan tugas.
Beliau berkata demikian pada upacara penganugerahan pingat penghormatan PBB kepada kontinjen kelima polis pengaman China ke Kosovo di Prishtina semalam.
Ketua delegasi China ke Kosovo, Jian Shengbin berkata, pemberian pingat penghormatan itu merupakan penghargaan yang amat tinggi PBB kepada polis pengaman China yang menyumbang kepada usaha untuk keamanan dunia.
|