Presiden China, Hu Jintao tiba di San Jose, Costa Rica petang semalam bagi memulakan lawatan rasmi di negara tersebut. Ini merupakan lawatan pertama pemimpin China ke negara Amerika Tengah.
Presiden Hu Jintao yakin, lawatannya itu akan meningkatkan persahabatan dan kerjasama, mengukuhkan hubungan yang saling mempercayai dan menggalakkan pembangunan bersama kedua-dua negara.
Dalam ucapannya sebaik ketibaan, Hu Jintao berkata, Costa Rica negara penting di rantau Amerika Tengah, dan juga merupakan rakan kerjasama penting bagi China. Hubungan China-Costa Rica berkembang pesat sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara terjalin dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang mencapai kemajuan.
Lawatan tersebut adalah atas undangan Presiden Costa Rica, Oscar Arias Sanchez.
|