Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengarahkan gerakan segera dilakukan untuk menyelamatkan mereka yang cedera dan hilang dalam kejadian runtuhan terowong kereta api bawah tanah Hangzhou. Beliau juga mengingatkan pihak-pihak berkenaan menimba pengajaran agar mengelak daripada berulang lagi kemalangan yang sama.
Pada pukul 3.00 petang kelmarin, runtuhan yang besar berlaku di tapak pembinaan terowong kereta api bawah tanah di Hangzhou, di bahagian timur China, mengakibatkan banyak kenderaan terhumban ke bawah runtuhan tersebut. Setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, 5 orang disahkan terbunuh dan 16 orang masih hilang.
|