Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) mengenai Pasaran Kewangan dan Ekonomi Dunia yang berakhir di Washington, A,S, pada petang 15 mendapat reaksi memberangsangkan akhbar-akhbar utama A.S. mereka berpendapat krisis kewangan menyebabkan order ekonomi antarabangsa dapat disusun semula. Dalam hal ini negara-negara membangun seperti China akan memainkan peranan lebih besar.
Akhbar New Yorks Times yang menerbitkan rencana bertajuk "Ketika Pemimpin Berusaha Selesaikan Masalah Ekonomi, Negara-Negara Membangun Duduk di Baris Depan" mengulas mengenai perkara tersebut. Rencana itu menyebut, dalam jamuan makan malam sidang kemuncak itu, Presiden Brazil, Luis Inacio Lula Da Silva duduk di sebelah kiri Presiden George W. Bush, dan yang duduk di sebelah kanannya ialah Presiden China, Hu Jintao. Ini menandakan krisis kewangan yang berpunca dari Wall Street A.S. telah menyebabkan penyusunan semula order ekonomi antarabangsa.
Akhbar Los Angles Times A.S. dalam rencananya melibat sidang kemuncak kali ini sebagai peristiwa penting bagi negara-negara membangun seperti China, India, Brazil dan Rusia pertama kali muncul di pentas ekonomi dunia. Ini kerana negara-negara tersebut mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi dan rizab pertukaran asing yang besar. JTanpa bantuan mereka, negara-negara maju mungkin tidak dapat bebas daripada krisis yang serius itu.
|