v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kabinet Iraq Lulus Perjanjian yang Benarkan Tentera A.S. Terus Berada di Iraq Hingga 2011

2008-11-17 16:34:16 CRI

Tentera A.S. akan berundur dari bandar, pekan dan kampung di Iraq ke pangkalannya menjelang 30 Jun 2009, dan berundur dari negara itu menjelang 31 Disember 2011. Sebelum tiba tarikh tersebut, tentera A.S. berjanji tidak akan menggunakan wilayah Iraq untuk melancarkan serangan ke atas jiran-jirannya serta memberikan kuasa yang lebih besar kepada Iraq tentang isu hak kekebalan tentera A.S..

Draf perjanjian keselamatan itu diluluskan oleh Kabinet Iraq semalam dan akan diserahkan kepada Parlimen Iraq untuk dibuat pengundian. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara A.S., Gordon Johndroe menyifatkan kelulusan perjanjian itu oleh kabinet Iraq sebagai "satu langkah yang penting dan positif".

Beliau berkata, A.S. berkeyakinan penuh bahawa perjanjian tersebut dapat menguntungkan kedua-dua negara. Beliau menyatakan janji A.S. itu untuk menunjukkan hasrat yang ingin mewujudkan kestabilan, keselamatan dan demokrasi di Iraq kepada rantau Asia Barat dan dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |