China tetap mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mapan ketika situasi ekonomi dunia semakin buruk. Hal ini amat bermakna bagi ekonomi Amerika Latin, rantau Asia-Pasifik, bahkan seluruh dunia.
Naib Menteri Luar Peru, Gonzalo Gutierrez menyatakan demkian di Lima semalam.
Menurutnya, Presiden Hu dan usahawan-usahawan China akan menghadiri Sidang Kemuncak APEC serta pelbagai forum dan aktiviti yang diadakan dalam tempoh seminggu ketika sidang pemimpin APEC diadakan nanti. Ini akan bermanfaat bagi meningkatkan dan memperluas kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.
|