v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ekspo Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang ke-3 Berakhir dengan Jualan dan Nilai Kontrak Sebanyak 550 Juta Yuan RMB
2008-11-17 18:43:53 CRI

Ekspo Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang ke-3 yang berakhir semalam, mencatat jumlah jualan tunai dan kontrak sebanyak 550 juta yuan RMB, meningkat lebih 90% berbanding dengan ekspo yang lalu.

Ekspo yang keluasan pamerannya melebihi 10 ribu meter persegi itu mempunyai 9 ruang pameran yang meliputi pameran peralatan ski, sektor perhotelan, agensi pelancongan, kegiatan luar dan kenderaan persiaran.

Ekspo kali ini menerima sebanyak 130 ribu pengunjung dari dalam dan luar negara.

Kini, Ekspo Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang dilihat sebagai satu landasan penting bagi mendorong pembangunan sektor pelancongan waktu musim sejuk di bahagian barat China. Ia juga memainkan peranan untuk mempamerkan imej pelancongan China kepada rantau Asia Tengah.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |