v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti Hu Jintao dalam Sidang Kemuncak Ekonomi Antarabangsa Amat Berjaya

2008-11-17 16:43:51 CRI

Presiden China, Hu Jintao telah berlepas ke Costa Rica untuk mengadakan lawatan rasmi setelah menghadiri Sidang Kemuncak Pasaran Kewangan dan Ekonomi Dunia G-20 di Washington pada 14 dan 15 November lalu. Menteri Luar China, Yang Jiechi yang mengiringi beliau dalam lawatan tersebut menyatakan bahawa lawatan Hu Jintao kali ini amat berjaya. Beliau telah mengemukakan 4 langkah tentang pembaharuan terhadap sistem kewangan antarabangsa. Langkah-langkah tersebut juga memelihara kepentingan negara-negara membangun.

Menurut Yang Jiechi, krisis kewangan kali ini telah memberikan kesan yang besar terhadap pasaran kewangan antarabangsa serta ekonomi dan kehidupan rakyat di pelbagai negara. Presiden Hu Jintao dan pemimpin-pemimpin yang lain telah mengadakan perbincangan tentang punca krisis kewangan, langkah-langkah untuk mengembangkan ekonomi sejagat, meningkatkan penyeliaan terhadap bidang kewangan global serta mendorong pembaharuan terhadap sistem kewangan antarabangsa.

Lawatan Hu Jintao kali ini telah mencapai beberapa kejayaan antaranya, seperti yang berikut:

Pertama, mengemukakan langkah yang berkesan untuk mengatasi krisis kewangan. Presiden Hu ketika menyampaikan ucapan dalam sidang kemuncak tersebut telah menganalisis punca krisis kewangan kali ini. Menurut beliau, dasar ekonomi makro yang tidak sesuai serta kawalan dan penyeliaan terhadap sistem kewangan yang kurang ketat telah mengakibatkan krisis kewangan tersebut. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya meningkatkan keyakinan serta penyelarasan dan kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, beliau juga mengemukakan 4 cadangan untuk mengatasi krisis kewangan termasuk mengambil sebarang langkah yang diperlukan untuk memulihkan keyakinan masyarakat terhadap pasaran dan berusaha mengawal perebakan krisis kewangan tersebut, mendorong pertumbuhan ekonomi dan mencegah kemerosotan ekonomi, menimba pelajaran secara bersungguh-sungguh daripada pengalaman yang berkenaan dan mengadakan pembaharuan terhadap sistem kewangan antarabangsa melalui muafakat pelbagai pihak.

Kedua, Presiden Hu Jintao telah mengumumkan langkah-langkah penting yang diambil oleh China untuk menjamin pertumbuhan ekonomi dan kestabilan kewangan. Menurut beliau, kerajaan China telah mengambil 10 langkah baru-baru ini untuk meningkatkan permintaan dalam negeri. Langkah-langkah tersebut akan mendorong pertumbuhan ekonomi China dan dunia. Presiden Hu menegaskan bahawa China akan bertanggungjawab untuk memelihara kestabilan kewangan antarabangsa, meningkatkan kerjasama dengan negara-negara yang lain serta menyokong pertubuhan kewangan antarabangsa untuk meningkatkan daya mengumpul dana berdasarkan perubahan pasaran global. Selain itu, China akan menyediakan sokongan kepada negara-negara membangun yang dilanda krisis kewangan.

Ketiga, Presiden Hu telah merujuk arahan pembaharuan sistem kewangan antarabangsa. Isu pembaharuan terhadap sistem kewangan global menarik perhatian pelbagai pihak dan juga merupakan topik utama dalam sidang kemuncak kali ini. Presiden Hu telah mengemukakan 4 cadangan tentang isu tersebut termasuk meningkatkan kerjasama antarabangsa tentang kawalan dan penyeliaan terhadap sistem kewangan, mendorong pembaharuan terhadap pertubuhan kewangan antarabangsa, mendorong kerjasama kewangan serantau serta menyempurnakan sistem mata wang global.

Dan keempat, Presiden Hu Jintao menegaskan usaha memelihara kepentingan negara-negara membangun. Menurut beliau, masyarakat antarabangsa perlu berusaha mengurangkan kesan negatif terhadap negara-negara membangun khususnya negara-negara paling kurang maju ketika mengatasi krisis kewangan. Selain itu masyarakat antarabangsa perlu berusaha membantu negara-negara membangun mengekalkan kestabilan dan pertumbuhan ekonominya.

Dan, kelima, lawatan Hu Jintao kali ini telah meningkatkan hubungan dua hala antara China dengan beberapa buah negara yang lain. Dalam tempoh sidang tersebut, beliau telah mengadakan rundingan dengan pemimpin Rusia, Brazil, Britain dan Australia. Mereka telah mencapai banyak kata sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala, kerjasama dalam pelbagai bidang serta langkah-langkah untuk mengatasi krisis kewangan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |