v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bagaimana Rang Perjanjian Tentera A.S di Iraq Diluluskan

2008-11-17 15:59:59 CRI

Rang perjanjian berkait dengan tentera Amerika Syarikat di Iraq telah diluluskan oleh kerajaan Iraq semalam dan rang perjanjian itu diserahkan kepada Majlis Kebangsaan Iraq untuk dibahaskan. Menurut perjanjian tersebut, tentera Amerika Syarikat di Iraq akan diundurkan ke pangkalan tenteranya dari bandar dan desa Iraq sebelum 30 Jun tahun 2009, dan akan diundurkan dari Iraq sebelum 31 Disember tahun 2011.

Menurut PBB yang diberi mandat, tentera Amerika Syarikat di Iraq sepatutnya diundurkan secara menyeluruh dari Iraq pada 31 Disember tahun ini. Oleh itu, Amerika Syarikat tergesa-gesa mencari jalan melalui undang-undang untuk menempatkan tenteranya di Iraq. Rundingan Amerika Syarikat-Iraq telah mula diadakan pada bulan Mac tahun ini untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara bagi jangka masa yang panjang. Amerika Syarikat berharap dapat memastikan penempatan tenteranya di Iraq dalam jangka masa yang panjang dan menandatangani sebuah perjanjian keselamatan bagi masa depan melalui rundingan tersebut.

Terdapat dua fokus yang penting dalam pertikaian antara kedua-dua pihak ini , iaitu bila tentera Amerika Syarikat akan keluar dari Iraq dan adakah tentera Amerika Syarikat dan pedagang dari negara tersebut mempunyai keistimewaan datang tanpa visa ke Iraq. Berkait dengan isu tarikh pengunduran tenteranya, Amerika Syarikat sentiasa mengelak daripada membuat jadual pengunduran tenteranya, dan menyatakan bahawa perkara ini akan ditetapkan mengikut keadaan keselamatan di Iraq. Manakala Iraq pula tetap berkeras menuntut Amerika Syarikat menetapkan tarikh pengunduran tenteranya.

Penganalisis menyatakan bahawa perjanjian itu akhirnya dapat diluluskan setelah kerajaan George W. Bush secara terpaksa bertolak ansur tentang beberapa isu yang penting. Seorang pegawai kanan kerajaan Iraq yang enggan namanya disebut menyatakan bahawa pindaan yang besar telah dibuat terhadap tiga perkara dalam rang perjanjian tersebut.

Pindan tersebut merupakan kompromi yang besar yang dibuat oleh Amerika Syarikat. Pertama, rang perjanjian itu menetapkan bahawa tahun 2011 sebagai tarikh akhir pengunduran tentera Amerika Syarikat. Ini benar-benar merupakan tolak ansur yang besar daripada kerajaan George W .Bush yang selamanya menolak cadangan mengadakan jadual pengunduran tenteranya.

Kedua, Amerika Syarikat juga bertolak ansur tentang tenteranya dan pedagangnya yang sekarang mempunyai keistimewaan datang tanpa visa ke Iraq. Menurut rang perjanjian ini, Iraq berhak membicarakan tentera Amerika Syarikat yang melakukan jenayah di Iraq semasa tidak bertempur.

Berasaskan tolak ansur daripada pihak Amerika Syarikat ini, kerajaan Iraq telah menamatkan rundingan Amerika Syarikat-Iraq yang berlangsung selama 8 bulan melalui rang perjanjian itu. Walau bagaimanapun, rang perjanjian itu hanya boleh dikuatkuasakan selepas dibahaskan untuk diluluskan oleh Majlis Kebangsaan Iraq dan Jawatankuasa Presiden Iraq.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |