v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Harga Minyak Cipta Rekod Terendah dalam Tempoh 21 Bulan yang Lalu

2008-11-18 14:23:07 CRI

Harga minyak antarabangsa terus menurun semalam ekoran mengalami kesan negatif resesi ekonomi Jepun. Harganya di pasaran New York turun kepada 55 dolar Amerika setong, rekod terendah dalam tempoh 21 bulan yang lalu.

Harga niaga hadapan minyak mentah (ringan) pada bulan Disember di Pertukaran Komoditi New York (NYMEX) menurun 2.09 dolar Amerika setong kepada 54.95 dolar Amerika setong. Harganya buat kali pertama menurun ke bawah paras 55 dolar Amerika sejak 29 Januari tahun 2007. Manakala, harga niaga hadapan minyak mentah Brent London pada bulan Januari tahun depan menurun 1.93 dolar Amerika setong, iaitu pada paras 52.31 dolar Amerika setong.

Kerajaan Jepun mengumumkan semalam, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada bulan Julai-September menurun 0.4%. Disebabkan KDNK pada bulan April-Jun pun menurun, ini menandakan ekonomi Jepun mengalami resesi buat kali pertama sejak tahun 2001. Pelabur yang bimbang akan bertambah teruknya kemelesetan ekonomi global untuk mengekang permintaan terhadap minyak mentah, menjadi punca turunnya harga minyak mentah antarabangsa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |