Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia- Pasifi (APEC) yang akan diadakan di Lima, Peru akan mengeluarkan kenyataan mengenai krisis kewangan global.
Naib Menteri Luar Peru, Gonzalo Gutierrez menyatakan demikian dalam sidang akhbar semalam. Katanya, dua kenyataan akan dikeluarkan dalam sidang tersebut. Pertama ialah kata sepakat yang dicapai oleh anggota APEC mengenai isu-isu serantau dan global dan satu lagi ialah kaedah untuk menangani krisis kewangan yang melanda seluruh dunia sekarang. Pegawai kanan anggota APEC sedang mengadakan mesyuarat membincangkan kandungan kenyataan tersebut, dan berharap menjadikannya "pelengkap yang berfaedah" bagi kenyataan yang dicapai dalam Sidang Kemuncak G20 di Washington. Kandungan teras kenyataan tersebut termasuk meningkatkan langkah kawal selia terhadap pasaran kewangan global dan menambah hak bersuara negara-negara membangun dalam sistem kewangan global.
Beliau menyatakan, krisis kewangan kali ini tidak sepatutnya menjadi punca yang membangkitkan fahaman perlindungan perdagangan. Sebaliknya, pelbagai pihak perlu terus mendorong Rundingan Pusingan Doha.
|