v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Masyarakat Antarabangsa Nilai Positif Sidang Kemuncak G20

2008-11-18 14:53:44 CRI

Masyarakat antarabangsa mengalu-alukan hasil yang dicapai dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) mengenai Pasaran Kewangan dan Ekonomi Dunia, dan menganggap pasaran ekonomi baru muncul akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan ekonomi dunia pada masa depan.

Semasa memberikan taklimat tentang hasil yang dicapai dalam sidang tersebut kepada Dewan Rendah, Perdana Menteri Britain, Gordon Brown memberi penilaian yang amat tinggi kerana tercapainya kata sepakat untuk melaksanakan pembaharuan terhadap sistem kewangan antarabangsa dan meningkatkan kerjasama ekonomi makro antarabangsa.

Rencana yang diterbitkan akhbar Sin Chew Jit Poh Malaysia dan akhbar Australian pula menunjukkan, kumpulan 7 yang menguasai arena ekonomi antarabangsa tidak lagi sesuai. Penglibatan seluruh dunia amat diperlukan untuk menyelesaikan krisis kewangan. Banyak pasaran ekonomi baru akan memainkan peranan penting dalam arena ekonomi antarabangsa pada masa depan.

Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon menyatakan kelmarin, G20 berkomited akan membuat penyelarasan untuk menangani krisis tersebut dan berjanji membentuk sistem kawalan kewangan antarabangsa untuk mengelak berulangnya krisis kewangan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |