v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengunduran Tentera A.S. dari Iraq Menjelang 2011

2008-11-18 16:17:44 Agensi Berita Xinhua China

A.S. perlu mengundurkan semua pasukan tenteranya dari Iraq menjelang penghujung tahun 2011.

Pengerusi Sidang Bersama Ketua-Ketua Turus Tentera A.S., Michael Mullen berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Pertahanan semalam. Menurutnya, fasal-fasal dalam perjanjian mengenai tentera A.S. di Iraq dianggap adalah wajar. Tempoh masa yang ditetapkan dalam perjanjian tersebut membolehkan kerajaan Iraq mempunyai masa yang mencukupi untuk mengambil alih urusan keselamatan. Namun, beliau berkata, kesegeraan pengunduran tersebut tergantung kepada banyak unsur, seperti situasi keselamatan di Iraq dalam proses pengunduran.

Mullen menegaskan, selepas Barack Obama mengangkat sumpah menjadi Presiden A.S., beliau akan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Obama dengan tanpa syarat, dan juga akan memberikan nasihat yang paling berkualiti kepada Obama dalam masalah Iraq dan isu-isu ketenteraan yang lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |